I DONT WANT TO BE THE FIRST BCOZ THERE WILL BE SECOND AND THIRD, I WANT TO BE THE ONLY ONE

Tuesday, December 11, 2012

SOCIAL NETWORKING??

Assalamualaikum and hye peeps!

Hari ni kami semua ada shooting dengan TV9. hehe... masuk tv lg ke? ahaa... tu kena tunggu... btw, shooting ni untuk satu program yang terbaru dekat TV9. Kalau nak tahu program ape kenalah tunggu siarannya. So, kami ni telah diminta oleh penerbit tv9 untuk buat satu sesi interview untuk menunjukkan social networking yang ada skang ni macam Facebook, Twitter, Blog, Instagram, Whatsapp dan lain2 menyebabkan remaja kurang berinteraksi or berkomunikasi dengan orang lain terutama rakan-rakan mereka. Bila difikir2kan balik, ada logiknya pernyataan tersebut. Yelah, kita just amik contoh diri sendiri jek. Bila kita da mengadap FB or yang lain2 mana ada kita nak bercakap dengan orang lain walaupun dengan rakan sebelah kita. Kadang2 tu nak bincang assignment pun bincang dekat FB jek. Takde lg nak jumpe face to face. Tapi, tu lah realiti sebenar. Kemodenan dan kecanggihan yang ada sekarang ni mengurangkan komunikasi interpersonal. K lah.. thats only for now. Nak shooting jap! hehe.. see you later!

XOXO,
DZ

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Friday, December 7, 2012

Assalamualaikum and hye peeps!!

Ini adalah post saya yang kedua.. Tiba2 malam ini nak menggedik pulak.. Yelah, da lama tak update blog. So, bila datang mood rajin ni cepat2 jek update.. To my dearest roomate, Siti Farah hope anda tak rasa irritating dengan behavior saya malam ni..hehe... Ok! Full stop of that. Now, apa yang saya nak kongsi dekat blog malam ni adalah berkaitan satu peristiwa yang saya alami tadi.. Tapi bukan saya mangsa tu.. Cuma jadi wartawan yang tak bertauliah jek. Fyi, sem kali ni saya dah duk menyewa dekat luar. Nama tmpt tu dirahsiakan atas sbb2 keselamatan. Citernya mcm ni..Tgh saya duk fokus wat esaimen yang melambak tu tiba2 dengar bunyi perempuan pekik sambil nangis2.. Opppss... ni bukan cerita seram k.. Ni cerita asal org gaduh.. Lelaki and perempuan or to be more specific boyfie and girlfie.. Bukan nak menyibuk tapi just ambil tahu berkenaan surrounding jek. Saya and my lovely roomate ni pun jengah lah melalui tingkap untuk lihat apa yang terjadi dekat bawah (kitorg duduk rumah flat). Kami nampak ada seorang perempuan ni pekik and nangis2. Then, kami nampak pula seorang lelaki ni (assume as her boyfie). Lelaki ni tk bersuara. Dia pergi dekat perempuan tu trus campak something. At first, kami tak dapat detect apa yang dia campak sbb kami pun tengok curi2.. Lepas tu terus lelaki tu blah. Perempuan tu kemudiannya pergi kutip benda yang dah terbarai bila dicampak oleh lelaki tadi sambil nangis2. Rupa2nya yang berkecai tu HP si perempuan. Tak tahu lah apa masalah diorg ni. Si lelaki ni datang balik. Si perempuan apa lagi terus mcm nak pukul lelaki tu sbb tak puas hati (agaknya). Lelaki tu pun lawan and tampar perempuan tu. Diorang bergelut sekejap. Agak menyeramkan juga kami yang melihat kejadian tu. Dasyat betul.. Lelaki tu pun satu, dengan perempuan pun taknak beralah pastu pukul perempuan plak tu. Dayus! Nasib baik, kejadian tu tak lama. Lepas da bergelut sekejap tu, lelaki tadi terus blah ntah ke mana. Perempuan tu plak kutip hp dia yang terbarai tu lepas tu terus hilang juga. Sejak duduk kat sini, macam2 'drama' dpt tgk.. Laki bini gaduh, samseng2 gaduh.. haisss... seram. Tapi alhamdulillah belum ada apa2 kejadian yang tak diingini berlaku. Hopefully takde apalah. Ok lah..tu jek nk cite kat post kali ni.. Jumpa lg nanti!

XOXO,
DZ

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

NEW COME BACK!!

Assalamualaikum...

Rasanya dah lama saya tak update blog ni.. Kali terakhir update pun bulan April tahun lepas.. Sekarang da nak masuk tahun 2013.. wow!! Lamanya saya tak mengupdate blog ini.. Biasalah, sekarang ni macam new new media yang ada. So, masa tgh 'gila' dengan blog ni, ari2 duk update and cantikkan blog ni.. Lepas da boring dengan benda ni, terus tinggalkan dan langsung tak jenguk2.. Kesiannya blog saya ni.. dah berhabuk da.. Takpe2.. Pasni jika diizinkan Tuhan, saya akan rajin mengupdate blog ni ye! hehe..btw, I MISS MY BLOG soooooo MUCH!!!

love,
DZ



ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Tuesday, April 5, 2011

CERITERA KTM~

hye semua!

Mcm biasa... Arini aku nk cite pasal salah satu pengangkutan awam yg ada kat KL ni.. Tak lain dan tak bukan mestilah KTM. Apa yg aku nk cite ni pasal perkhidmatannya. Aku tau KTM ni public transport tp tak mesra pelanggan langsung. Bengang gak aku dibuatnya aritu. Tak pernah aku alami kejadian mcm tu. I hope that will be the first and the last! Taknak aku jd mcm tu lg... Korg msti nk tau ape yg terjadi pada aku.. Mcm ni citenya...
Jumaat minggu lepas, aku nk gerak balik Port Klang. So aku pun naik r KTM mcm biasa. Mase tu aku balik dengan kazen aku. Tapi dia naik KTM dari stesen Bank Negara. Aku plak amik dari stesen KL Sentral (sbb tu yg plg mudah). So kitorg ni jnj r balik sama2. Masa aku tgu KTM tu jam kul 4.30 ptg... Kazen aku bg msj ckp dia da naik train kat Bank Negara n sruh aku standby. Org masa tu mmg ramai. Aku pun beratur tgu train. Mase train smpi tu org mcm biase r berebut2 nak naik. Dlm train tu jgn ckp r. Penuh mcm sardin. Aku pun cuba r tuk memboloskan diri masuk dlm train tu. Tapi apakan daya, nasib tak menyebelahi aku. Aku tak dpt masuk train tu even kat couch wanita. So dgn berat hati terpaksa r aku tgu train lg n biarkan kazen aku gerak dulu. Nk tgu next train bkn kejap tp setengah jam. Aku pun ape lg, dgn semangat berkobar2 beratur awl2. Tapi aku bkn yg dpn skali sbb da rmi yg tak dpt naik tu da tgu. Tunggu punya tunggu... train tak sampai2.. Tiba2 ade announcement ckp train yg nak ke Port Klang rosak n tersangkut kat stesen Bank Negara dan secara tak langsung masa perjalanan jadi makin lewat. Aku da angin satu bdn.. Da r ramai org.. Nk tgu punya lama.. Tapi aku tetap tgu n berdiri beratur tgu train itu dgn penuh sabar( wpun da terbakar). So aku pun tgu pnye tgu, train pun sampai. Sampai2 jek train aku tgk dlm tu da pnuh org. Dlm ati aku ckp, dpt ke aku naik ni? Yg wat aku sakit ati tu, train tu saje jek tak berhenti dgn alasan train satu lg akn dtg jap g n gerabak dia kosong. Hampeh btol! Aku pun tgu lg train yg satu lg tu..Hampir 20 minit tgu train yg satu lg tu smapai. Mmg takde org sgt (sambil mata pandang ke atas n tgn kat bahu). Org da mcm sardin dlm tu dia ckp takde org. Bile train tu berhenti ape lg, org mcm biase r berebut2. Aku da dpt agk yg aku mmg takkan dpt msuk so aku pun duk berdiri blkang. Maka, aku dgn sabar dan pasrah menunggu train satu lg.. Tgu punya tgu... train pun sampai.. Tapi aku tak naik gak sbb train tu juz smpai Klang jek. Aku kena naik train smpi Port Klang (stesen terakhir). Jadi aku pun beri ruang pd org yg nk berebut sgt naik. Bila train da gerak, aku pun dgn bangga tgu dpn skali di tepi garisan biru n hijau. Kali ni aku bertekad, yg aku dpt naik train tu. Jam masa tu da menunjukkan kul 7. So korg kira jek r bpe lama aku diri menunggu train tu. Hampir 7.30, train pun smpai. Aku bernasib baik sbb pintu train dpn btol2 dpn aku. So pintu buka jek trus aku msuk.. Da tak pdulik da pe org nk ckp. Akhirnya... dpt gak aku naik train setelah hampir 3jam berdiri menunggu train. Kazen aku yg naik train pertama td da lame smpi umah. Hmm... pengalaman ni mmg takkan dpt aku lupakan. Da r nk tgu train lambat sbb train cume ade stp stgh jam, pastu terpaksa berebut2 dan berhimpit2 dgn org ramai n then rosak plak. Hope KTM dpt memperbaiki mutu dan taraf KTM tu. Buat r mcm LRT. Tak tgu lame sgt bile da terlepas train. Bila mcm tu tak r ramai sgt org menunggu untuk 1 train. Perjalanan pun jd clear. Hope sgt2 KTM tak r jd KERETAPI TUNGGU MELANGUT!

assalamualaikum...
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Sunday, March 20, 2011

HERO KAMPUNG!!

Hye readers!

Hari ni aku nk cite sikit pasal drama yg aku tgk ari Sabtu aritu. Kalau korg tgk drama ari Sabtu tu, korg mst tau jalan citernya. Drama ni ditayangkan kat TV3. Ceritanya mengisahkan Adi (Zul Yahya) seorang pemuda kampung yg bekerja sbg seorang penoreh getah. Dia masih belum berkahwin dan menyebabkan kakaknya, Azie (Liza Abdullah) dan emaknya, Mak Munah (Wan Maimunah) selalu mencarikannya jodoh. Walaubagaimanapun, Adi sgt cerewet dlm memilh pasangan. Dia cuma mahukan perempuan2 yg cantik dan setaraf dgnnya. Adi merasakan dirinya yg paling kacak dlm kampung tu. Dalam kampung itu juga, Adi meminati seorang gadis cantik yg bernama Suhaila (Hanez Soraya). Tapi Suhaila tidak suka Adi sbb bgnya Adi tidak layak bg dirinya. Manakala Sumeah (Emylda Rosmila) pula menyukai Adi tetapi Adi tidak mengendahkannya kerana rupanya yg tidak cantik. Azie dan Mak Munah tidak pernah berputus asa mencarikan jodoh utk Adi. Pantang ada ank dara yg dijumpai pasti dirisik oleh mereka. Tapi sntse tidak menjadi kerana ditolak oleh Adi dgn alasan tak cantik, hitam, gemuk dan mcm2 lg. Akhir cerita ni, Adi berkahwin dgn Sumeah.hahaha... Cerita ni mmg kelakar n patut korg tgk... Bila aku tgk cerita ni, tibe2 aku teringat pada sorg kenalan aku. Namanya biarlah aku rahsiakan. Apa yg menyebabkan aku teringat kat die sbb karakter die sama mcm watak Adi. Dia sgt tertarik dgn wanita2 cantik. Sng ckp dia ni mmg memilih orgnya. Kalau setakat muka biase2 ni jgn haraplah dia nk pandang. Tapi biarlah.. Tu hak dia... Mgkn dia rasa dia hensem sgt kot. Sbb tu taste die tinggi. Dia pun slalu ckp dia suke dikelilingi dgn pmpn cantik. So biarlah dia bersama2 wanita2 cantik... Cuma aku nk tgk ending nanti dia akn kahwin dgn pmpn yg mcm mana. To my kenalan, ubah2lah perangai tu. Awk tu makin tua bkn makin muda. Cantik tu cuma sementara. Da tua sume kerepot gak... (berbual mcmlah dia baca jek) haha... k r..tu jek nk cite..ada masa aku blog lg..daa~

ASSALAMUALAIKUM
ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Friday, March 11, 2011

TERMINAL BERSEPADU SELATAN~

Hye semua!

Post kali ni plak aku nk cite psl terminal bersepadu selatan yg terletak kat Bandar Tasik Selatan. Sebelum ni kalau sesiapa yg nk balik selatan perlu ke Bukit Jalil tuk dapatkan bas. Tapi bila terminal ni da buka, bas2 yg menghala ke selatan semuanya pindah kat ctu. Apa yg aku nk kongsi dgn korg psl terminal ni adalah kecantikan n kecanggihan tempat ni. Kalau korg g tempat ni korang akan rase mcm korg masuk dlm airport. Aku sendiri rasa mcm tu mase 1st time dtg sini. Masa aku jejak kaki ke sini, aku terpegun jap. Sempat gak aku pk ni airpot ke terminal bas.. Yg plg aku tak sgka, mase nk beli tiket bas tu.. Sebijik mcm nk beli tiket flight. Siap mintak ic lg.. Tiket ada nama tau... Aku mls nk cite..Korg tgk r pic2 yg aku kongsi ni n nilai sendiri.. Klu tak puas hati gak, dtg jek trus sini dan tgk sendiri...



lobi utama TBS
kaunter tiket TBS
jadual perjalanan..da mcm kat airport..
ruangan menunggu di lobi
ruangan menunggu di lobi pelepasan
siap ade security jaga tuk tgk tiket
foodcourt TBS


pemandangan menyeluruh
tiket bas yg siap ada nama
ada mcm tiket flight tak?

ASSALAMUALAIKUM W.B.T

DESTINASI BAJET~

Hye readers~

Korang yg kaki tv mesti pernah dgr nama rancangan kat ats ni kan? Ala..rncgn yg dihoskan oleh QUSHAIRI RAZALI or lebih dikenali sbg QI RAZALI.. Dia ni pun pnh berlakon gak kat Blogger Boys.. Kalau tak cam ni muka dia...
ni r QI RAZALI

Tapi... bukan pasal dia yg aku nk cite.. Aku nk cite psl aku n kwn2 lain yg telah gi Perak untuk wat kajian lapangan bg menyempurnakan assgmnt kami... Kira ni cam ala2 destinasi bajet gak r sbb kami semua bknnye ade duit pun.. So mmg kne bajet..haha.. Kami bertolak dari UM ke KL Sentral utk menaiki KTM ke Tg.Malim..
dlm KTM ke Tg.Malim
Perjalanan dari KL Sentral ke stesen Tg. Malim mengambil masa kire2 hmpir 2 jam. Sampai di stesen Tg.Malim, kami berjalan kaki ke stesen bas Tg.Malim untuk mengambil bas untuk sampai ke Sungkai. Kami bernasib baik kerana sampai saja di stesen bas, bas baru saje nk bergerak dan kami sempat untuk menahan serta menaiki bas itu. Untuk ke Sungkai pula memakan masa hampir setengah jam. Kami melalui Slim River sebelum smpai ke Sungkai. Setelah sampai, kami turun di Felda Trolak Timur untuk menumpang di rumah Ira (slh sorg drp ahli kmpln kami). Dengan menumpang di rumah Ira, dapatlah kami jimat kos penginapan dan makan minum.


Petang itu, Ira telah membawa kami pusing2 di sekeliling felda. Kami sgt teruja kerana dpt melihat pemandangan2 yg cantik. Apa yg menarik di felda ini, nama2 stp jln sgt unik dan istimewa. Antaranya Jln Wangsa (Wangsa Walk), Jln Bintang (Bintang walk), Jln Roky, Jln Fuji, Jln Kinabalu n mcm2 lg..mmg menarik. Di sini byk hutan2 yg masih dijaga dan dipelihara.. Mmg seronok dpt cuci mata!


ni skola Ira~
dikelilingi pokok2 menghijau
tenang + nyaman
Keesokan harinya plak, kami dapat menghadiri 1 kenduri kahwin. Ini merupakan satu kesempatan buat kami untuk melihat kenduri di tempat org. Pagi tu kami sempat dtg untuk melihat org2 kmpung menyembelih lembu dan persiapan2 untuk kenduri... Kat bwh ade mcm2 gmbr yg aku ign kongsikan dgn korg...
lembu sdg dilapah

ju tunjuk bakat potong daging
kami semasa kenduri kahwin
dpt bunga telur lg
Semasa di sini juga kami berpeluang untuk ke kebun durian utk mengutip durian2 yg da gugur.. Lps kutip, pe lg kami semua pulun mkn durian. Aku pun da lame tak mkn durian. Mmg best r... Lazat~ Sbb tu r durian tu raja segala buah...
model durian of the year~

yummy!
Ira juga membawa kami semua ke Hotspring Sg.Klah. Bg sesiapa yg tak tau ape tmpt tu, aku akn jelaskan.. Hotspring Sg.Klah ni mcm water park gak. Ala..yg mcm Wet World or Desa Waterpark.. Mmg tmpt mandi manda. Harga pun tak mahal cuma RM10 bg dewasa n mmg sgt2 berbaloi. Bkn stkt mndi manda jek tp dlm ni mcm2 ada. Tmpt merebus telur, kolam terapi, tmpt reflekseologi n mcm2 r.. Pendek kata, klu nak spa n chalet pun ade kat sini. So korg mst kne dtg kat cni. Mmg tak rugi. Tmpt dia sgt cantik cuma kalau dari jln besar nk masuk ke tmpt ni agk jauh gak r. Tapi tak kisah r.Bkn kne jln kaki pun..haha.. Ni antara pic2 kat Hotspring Sg.Klah...
Hotspring Sg.Klah
tmpt merebus telur

kat kolam terapi..bgus tuk kesihatan
board walking @ titi kayu
tmpt tuk rebus telur

sempat gak posing~
mmg seronok dapat gi kolam air panas ni...kolam air panas ni dkt dgn homestay Sg.Klah..

Selain daripada itu, kami sempat juga belajar buat kuih dgn mak Ira. Mak aji ajr kami cara2 buat kuih bihun. Korg mst ade yg tak pernah dgr kan? Sng jek buat kuih ni.. Tak ambil masa lama pun.. Kami sgt enjoy buat kuih bihun tu.. Rasanya plak sedap n manis.. Org Kelantan mst suka..haha
ni r rupanya kuih bihun tu...

tak ssh pun nk buat~
Kami di Perak selama 3hari 2 mlm... Mase nk balik tu rase sedih juga r sbb da mesra dgn mak aji.. Mak aji mmg peramah orgnya. Dgn berat hati, kami pulang juga ke KL.. Tapi Insyaallah kalau ada rezeki, aku nk lagi ke rumah mak aji..Tu pun kalau Ira nk bawak r..hahaha..
ni button yg kami beli di sana..cantikkan?



ASSALAMUALAIKUM W.B.T