Hari ni aku nk cite sikit pasal drama yg aku tgk ari Sabtu aritu. Kalau korg tgk drama ari Sabtu tu, korg mst tau jalan citernya. Drama ni ditayangkan kat TV3. Ceritanya mengisahkan Adi (Zul Yahya) seorang pemuda kampung yg bekerja sbg seorang penoreh getah. Dia masih belum berkahwin dan menyebabkan kakaknya, Azie (Liza Abdullah) dan emaknya, Mak Munah (Wan Maimunah) selalu mencarikannya jodoh. Walaubagaimanapun, Adi sgt cerewet dlm memilh pasangan. Dia cuma mahukan perempuan2 yg cantik dan setaraf dgnnya. Adi merasakan dirinya yg paling kacak dlm kampung tu. Dalam kampung itu juga, Adi meminati seorang gadis cantik yg bernama Suhaila (Hanez Soraya). Tapi Suhaila tidak suka Adi sbb bgnya Adi tidak layak bg dirinya. Manakala Sumeah (Emylda Rosmila) pula menyukai Adi tetapi Adi tidak mengendahkannya kerana rupanya yg tidak cantik. Azie dan Mak Munah tidak pernah berputus asa mencarikan jodoh utk Adi. Pantang ada ank dara yg dijumpai pasti dirisik oleh mereka. Tapi sntse tidak menjadi kerana ditolak oleh Adi dgn alasan tak cantik, hitam, gemuk dan mcm2 lg. Akhir cerita ni, Adi berkahwin dgn Sumeah.hahaha... Cerita ni mmg kelakar n patut korg tgk... Bila aku tgk cerita ni, tibe2 aku teringat pada sorg kenalan aku. Namanya biarlah aku rahsiakan. Apa yg menyebabkan aku teringat kat die sbb karakter die sama mcm watak Adi. Dia sgt tertarik dgn wanita2 cantik. Sng ckp dia ni mmg memilih orgnya. Kalau setakat muka biase2 ni jgn haraplah dia nk pandang. Tapi biarlah.. Tu hak dia... Mgkn dia rasa dia hensem sgt kot. Sbb tu taste die tinggi. Dia pun slalu ckp dia suke dikelilingi dgn pmpn cantik. So biarlah dia bersama2 wanita2 cantik... Cuma aku nk tgk ending nanti dia akn kahwin dgn pmpn yg mcm mana. To my kenalan, ubah2lah perangai tu. Awk tu makin tua bkn makin muda. Cantik tu cuma sementara. Da tua sume kerepot gak... (berbual mcmlah dia baca jek) haha... k r..tu jek nk cite..ada masa aku blog lg..daa~
ASSALAMUALAIKUM
No comments:
Post a Comment